Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
MAJLIS ASYURA PERINGKAT MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESUMA) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Asyura pada 21 November 2013 bersamaan 17 Muharram 1435H bertempat di perkarangan Bengkel MDKPI. Majlis ini telah bermula seawal jam 6.00 pagi dan semua kakitangan MDKPI terlibat dalam menjayakan Majis Asyura tersebut. Bubur Asyura ini diagihkan kepada semua Ahli-ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan MDKPI.