Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Hari Belia Negara 2022 Peringkat Jajahan Kota Bharu
Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Jajahan Kota Bharu telah diadakan pada 22 September 2022 dengan kehadiran sekitar 1,000 orang yang berlangsung di Komplek Sukan, Majlis Daerah Ketereh.
Beberapa segmen dan pengisian aktiviti telah dilaksanakan seperti Pelepasan Fun Ride, Langkah Sembah ( Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat SULTAN, tabik hormat/ Brassband Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja, gimik perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu dan senamrobik.
Pengunjung ke majlis sambutan juga dihiburkan dengan persembahan dikir barat, cabutan bertuah dan persembahan 'Deklamasi Sajak'.
Majlis Sambutan telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu. Turut hadir Encik Muhammad Waliuddin bin Mat Yusof dari Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Cawangan Negeri Kelantan.