Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Hakcipta laman web Majlis Daerah Ketereh dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Majlis Daerah Ketereh kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Majlis Daerah Ketereh.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Inspektorat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada 8 Julai 2018 / 24 Syawal 1439H. Lawatan ini telah diketuai oleh YM. Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Turut hadir sama ialah YBrs. Encik Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mustapha - Bahagian Koordinasi dan Program Khas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh - Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Kerajaan Tempatan. YM. Dato' Dr. Tengku Kaya Perkasa dan rombongan turut meninjau keadaan kebersihan dan fasiliti yang ada di Pasar Ketereh.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah melakukan Operasi sitaan keatas penjaja yang tidak mempunyai lesen penjaja dan berniaga di tempat yang tidak dibenarkan. Operasi tersebut telah diadakan pada 4 Julai 2018 / 20 Syawal 1439H di hadapan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Demi memastikan longkang dapat berfungsi dengan sempurna, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Pasukan Bomba Dan Penyelamat Ketereh telah menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang di Pasar Ketereh pada 25 Jun 2018 / 11 Syawal 1439H.
Sila klik untuk paparan yang lebih jelas