Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Larian obor Asia Pacific Masters Games (APMG) 2018 Peringkat MDKPI telah diadakan pada 12 Julai 2018 / 28 Syawal 1439H. Pelepasan larian obor tersebut telah dilakukan oleh YM. Haji Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI bertempat di Dataran Ketereh. Larian ini telah diketua oleh Setiausaha MDKPI iaitu YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin.
Sila klik untuk paparan yang lebih jelas.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam 2018/1439H telah diadakan pada 11 Julai 2018/27 Syawal 1439H bertempat di Dewan MDKPI. Majlis diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara warga kerja MDKPI. Antara tetamu yang hadir ialah YM. Haji Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar-Yang Dipertua MDKPI, YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Ketua-ketua Bahagian MDKPI serta kakitangan dan wakil-wakil jabatan. Majlis ini turut meraikan mantan Yang Dipertua MDKPI iaitu Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim yang kini bertugas sebagai Yang Dipertua MPKB-BRI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.
Program Gotong - Royong Perdana,Di Dataran Seni KADA, Kok Lanas, telah diadakan pada 4 Zulkaedah 1439H / 17 Julai 2018M (Selasa) bermula jam 8.30 Pagi. Program ini diadakan dengan kerjasama pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Penerimaan Obor Asia Pacific Masters Games 2018 Peringkat MDKPI telah diadakan pada 11 Julai 2018 / 27 Syawal 1439H bertempat di Bandar Baru Tunjong. Obor tersebut telah diserahkan oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang Dipertua MPKB-BRI kepada YM. Haji Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI. Turut serta pada majlis itu ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI dan YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI.
Sila klik untuk paparan imej yang lebih jelas.
Hakcipta laman web Majlis Daerah Ketereh dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Majlis Daerah Ketereh kecuali dinyatakan sebaliknya.
Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Majlis Daerah Ketereh.