Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Persaraan dan FInger Tec terakhir Encik Ab Rahim Bin Mashor sempena persaraan wajib beliau telah diadakan pada 29 November 2018 / 21 Rabiulawal 1440. Beliau telah berkhidmat di MDKPI selama 25 tahun bermula 1 Oktober 1993.Selamat bersama untuk Encik Ab. Rahim Bin Mashor.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Operasi Sitaan Cukai Taksiran di Kawasan Tunjung pada 29 November 2018 / 21 Rabiulawal 1440H. Operasi ini telah disertai oleh kakitangan Bahagian Penilaian Dan Perkhidmatan Harta MDKPI dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 26 November 2018 / 18 Rabiulawal 1440 bertempat di Perkarangan Pasar Melor. Majlis dimulakan dengan ceramah Khas Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ishak Bin Hassan (Sesi 1) dan Al-Fadhil Ustaz Suratemi Bin Yusof (Sesi 2).
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan Operasi Kawalan Hiburan pada 28 November 2018 / 20 Rabiulawal
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Perasmian Jentera Baharu Kebersihan MDKPI Sempena Kempen Kelantanku Bersih Dan Keterehku Bersih 2018 telah diadakan pada 15 November 2018 / 7 Rabiulawal 1440H bertempat di perkarangan Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis yang dimulakan dengan solat hajat itu telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI,YB.Tuan Haji Saiful Adli Bin Abu Bakar - ADUN Salor, YB. Dr. Md. Yusnan Bin Yusoff - ADUN Melor,YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Penggawa-penggawa, wakil-wakil media, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MDKPI. Jentera baru yang dilancarkan ialah 1 buah lori kompektor dan 1 buah lori RORO serta tong-tong sampah Leach Bin yang baru bertujuan memperkasakan lagi perkhidmatan kutipan sampah dan menggantikan tong-tong sampah yang telah rosak bagi memastikan Kempen Kelantanku Bersih dan Keterehku Bersih berjalan dengan lancar.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas