Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
3/1/2023, Selasa : Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada hari ini memulakan langkah menyambut tahun baru 2023 dengan mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2023 yang disampaikan oleh Tuan Setiausaha MDKPI Encik Mohd Azman bin Ghazali.
Dalam amanatnya, Tuan Setiausaha menekankan tentang nilai dan budaya kerja berpasukan, mendengar cadangan dari pihak bawahan, bingkas, tangkas dan berkualiti perlu sentiasa dipraktis oleh seluruh warga kerja bagi menghasilkan mutu kerja yang terbaik dan cemerlang.
Dalam masa yang sama prestasi kerja perlu dipertingkatkan lagi supaya dapat memperbaiki kesilapan yang terdahulu kerana MDKPI berpotensi melangkah jauh lebih maju kehadapan. InsyaAllah dengan IzinNya.





Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam membuat Pembukaan Kaunter Pembayaran Cukai dan Pameran di Program Karnival KASA 2022 anjuran Kementerian Alam Sekitar dan Air yang berlangsung selama tiga hari iaitu 27,28 dan 29 Oktober ini di RTC Tunjong.yang berlangsung selama tiga hari iaitu 27,28 dan 29 Oktober ini di RTC Tunjong.
Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Jajahan Kota Bharu telah diadakan pada 22 September 2022 dengan kehadiran sekitar 1,000 orang yang berlangsung di Komplek Sukan, Majlis Daerah Ketereh.
Beberapa segmen dan pengisian aktiviti telah dilaksanakan seperti Pelepasan Fun Ride, Langkah Sembah ( Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat SULTAN, tabik hormat/ Brassband Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja, gimik perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu dan senamrobik.
Pengunjung ke majlis sambutan juga dihiburkan dengan persembahan dikir barat, cabutan bertuah dan persembahan 'Deklamasi Sajak'.
Majlis Sambutan telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu. Turut hadir Encik Muhammad Waliuddin bin Mat Yusof dari Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Cawangan Negeri Kelantan.