- Nilai teras kod etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan terbahagi kepada tiga komponen nilai iaitu:-
- ‘Ubudiyyah
Nilai ini merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan berlandaskan syariat.
- ‘Mas'uliyyah
Nilai ini merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan berlandaskan syariat.
- ‘Itqan'
Nilai ini merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. NIlai ini akan membentuk peribadi yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas.
Nilai Tatakelakuan
a) Nilai tata kelakuan ‘Ubudiyyah'
- Ikhlas dan Niat Suci
Mempunyai niat melaksanakan tugas kerana Allah WST untuk mencari rezeki yang halal dan mengharapkan keredhaan-Nya serta sentiasa berhati mulia dalam melaksanakan balasan manusia dan menghakis sebarang unsur kepentingan diri sebagai asas pengisian amanah.
- Bekerja Sebagai Ibadat
Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah berupa ibadat dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
- Pengawasan Allah SWT
Menyedari bahawa segala gerak kerja yang dilukan adalah sentiasa berada di bawah pengawasan Allah SWT.
- Balasan dan ganjaran
Menginsafi bahawa segala tugas dan amalan yang baik akan dibalas dengan ganjaran manakala perbuatan yang buruk akan mendapat hukuman daripada Allah SWT.
- Mencapai keredhaan Allah SWT
Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Bersyukur
Sentiasa menghargai nikmat dan rahmat Tuhan, gembira dapat melaksanakan tugas, kecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif, redha dengan kedudukan dan pangkat, berbelanja dengan berhemah dan menggunakan segala nikmat dan pemberian Tuhan ke arah perkara yang diredhai-Nya.