A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Sumbangan Kasih Ramadhan Sempena Qaryah Ramadhan 1439H/2018 Peringkat MDKPI dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah diadakan pada 11hb Jun 2018 / 26 Ramadhan 1439H bertempat di Masjid Mukim  Kadok. Seramai 170 orang Asnaf telah dipilih untuk menerima sumbangan pada tahun ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Zulkifli Bin Mat Yusoff - Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Belia Dan Kebajikan MDKPI, YBrs. Encik Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI dan YBrs. Tuan Haji Abdullah Zohdi Bin Haji Ismail - Imam Tua Masjid Mukim Kadok

Sumbangan Kasih Ramadhan 1439H 

Sumbangan Kasih Ramadhan 1439H 

SIla klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sempena Qaryah Ramadhan 1439H/2018, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah mengadakan Ceramah Terawih Istimewa 'Badar Al-Kubra' pada 17 Ramadhan 1439H / 02 Jun 2018 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Johari Bin Mat.

Ceramah Badar Al-Kubra 

Ceramah Badar Al-Kubra 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Sila klik untuk imej seterusnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H/2018 Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 5 Ramadhan 1439/21 Mei 2018 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Perasmian itu telah disempurnakan oleh YB.Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang mewakili YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah YB. Haji Azami Bin Mohd Nor - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadok, YB. Dr. Md Yusnan Bin Yusoff - Ahli Dewan Undangan Melor, YM. Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri BIn Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI serta Ketua-Ketua Bahagian MDKPI. 

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H 

Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Sila klik untuk paparan imej selanjutnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melalui Bahagian Pembangunan Islam telah mengadakan taklimat 'Let's Cover Aurat' untuk warga kerja dan pihak pengurusan Pasaraya Econjaya, Kok Lanas pada 8 Mei 2018 / 22 Syaaban 1439H. Taklimat ini merupakan aktiviti tahunan Bahagian Pembangunan Islam MDKPI dalam menjayakan kempen kesedaran menutup aurat. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Ridha Bin Abdullah - Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI. 

Taklimat Aurat  

 

Taklimat Aurat 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.

Sila klik untuk paparan imej selanjutnya.

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini1162
Semalam1682
Minggu ini4902
Bulan Ini9888
Jumlah38308

25 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan