A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah mengunjungi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada 6 Jamadilakhir 1439H / 22 Februari 2018 untuk membuat penilaian bagi Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBBK-PBT). Seramai 4 orang panel diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Fazly Bin Sahar telah pun membuat penilaian terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan di pejabat dan kawasan pentadbiran MDKPI. 

SPBBK-PBT 

SPBBK-PBT 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar 

Sila klik untuk imej selanjutnya.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kejohanan Sepakan Penalti Sukan PBT Negeri Kelantan 2017 / 2018 yang telah diadakan pada 24 Jamadilawal 1439H / 10 Februari 2018 bertempat di Padang Sivik, Majlis Daerah Gua Musang. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 pasukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan. Hasrat pasukan MDKPI untuk melangkah ke peringkat akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pasukan Majlis Daerah Pasir Mas di peringkat Suku Akhir. 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pasukan Bowling MDKPI telah mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Bowling Sukan PBT Negeri Kelantan 2017/2018 yang  telah diadakan pada 16 Jamadilawal 1439 H / 2 Februari 2018 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 12 PBT telah menyertai kejohanan ini. Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah dipilih sebagai urusetia penganjur untuk kejohanan edisi kali ini. Johan Keseluruhan kejohanan bowling ini telah dimenangi oleh Pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI manakala Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dan tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Daerah Tanah Merah.

Bowling PBT 

Sukan Bowling PBT 

sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI 2018 telah diadakan pada 11 Jamadilawal 1439H / 28 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDKPI. Seramai 24 orang Ahli Majlis MDKPI telah dilantik bagi tahun 2018. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB.Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang DiPertua MDKPI, YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis serta Ketua- Ketua Bahagian MDKPI.

Watikah Pelantikan Ahli Majlis 2018

Watikah Pelantikan 2018 

sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

sila klik untuk paparan imej selanjutnya

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini405
Semalam1383
Minggu ini5528
Bulan Ini10514
Jumlah38934

26 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan