Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2017 telah diadakan pada 10 Syaaban 1438H / 7 Mei 2017 bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu. Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan. Yang DiPertua MDKPI telah menerima watikah pelantikan ini bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Gambar Seminar Ahli Majlis & Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2017
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kursus Asas Menembak Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa 2017 yang telah diadakan pada 9 Rejab 1438H / 6 April 2017 bertempat di Lapang Sasar Sultan Ismail Petra, Kemumin, Pengkalan Chepa. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh 4 orang peserta dan diketuai oleh YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin, Setiausaha MDKPI.
Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam Bil 2 / 2017 telah diadakan pada 1 Jamadilakhir 1438H bersamaan 28 Februari 2017 bertempad di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab. Rahim - Yang Dipertua MDKPI dan tekah dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, Wakil-wakil KOOP serta Ketua-Ketua Bahagian MDKPI. Satu taklimat berkaitan Projek Lebuhraya Central Spine Road Pakej 2A Kadok - Ketereh turut diadakan dalam mesyuarat tersebut
SIla klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
* Klik disini untuk melihat gambar seterusnya.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Bersamamu Yang Dipertua pada 30 Mei 2016 bersamaan 23 Syaaban 1437H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis ini telah dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab.Rahim - Yang Dipertua MDKPI, YB. Dr. Mohd Yusnan Bin Yusoff-Ahli Dewan Undangan Melor, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus, YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin-Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MDKPI. Pada majlis yang sama juga, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2015, Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan Kakitangan dan juga Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadhan kepada kakitangan MDKPI.