A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Pelancaran Medan Ilmu Pasar Melor pada 27 Januari 2014 bersamaan 25 RabiulAwal 1435H bertempat di Perkarangan Pasar Melor. Majlis Pelancaran Medan Ilmu Pasar Melor telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad, Yang DIpertua MDKPI. Antara tetamu jemputan yang hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah YB.Dr.Md.Yusnan Bin Yusof, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melor, YBrs.En.Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad, Setiausaha MDKPI, YBrs.Tuan Haji Asri Bin Yunus, Pengerusi Pasar Melor, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, Penggawa-penggawa, Penghulu-penghulu, Pegawai –pegawai dan kakitangan MDKPI, peniaga-peniaga serta pengungjung Pasar Melor. Pihak MDKPI juga telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Ismail Bin Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zaki dan pelajar-pelajar beliau dari Pondok Telong, Kandis, Bachok untuk menyampaikan ceramah dan persembahan Qasidah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H. Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis Pelancaran Medan Ilmu Melor  Majlis Pelancaran Medan Ilmu Melor

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam 2014 telah diadakan pada 22 Januari 2014 bersamaan 20 Rabiul Awal 1435H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah menerima watikah pelantikan dan telah mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertua MDKPI, YABrs.Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, YB.Dr.Md.Yusnan Bin Yusoff, Setiausaha MDKPI,YBrs.Encik Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad, Wakil-wakil Jabatan(Ahli Koop), Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MDKPI yang terlibat. Mesyuarat Penuh Bil 1/2014 telah bersidang sebaik sahaja Majlis Penyampaian Watikah tersebut selesai.

Majlis Angkat Sumpah  Angkat Sumpah

Angkat Sumpah  Angkat Sumpah 2014

MAJLIS PERJUMPAAN YDP BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM.

Satu perjumpaan diantara Yang DiPertua dan Kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) telah diadakan pada 12 Januari 2014 bersamaan 10 RabiulAwal 1435H bertempat di Dewan MDKPI.  Perjumpaan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh seluruh warga kerja MDKPI. Pada perjumpaan ini , YDP telah menyampaikan amanat sempena tahun baru 2014.

Perjumpaan YDP 2014

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini297
Semalam1076
Minggu ini6496
Bulan Ini11482
Jumlah39902

27 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan