A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

MAJLIS PERJUMPAAN YDP BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM.

 

Satu perjumpaan diantara Yang DiPertua dan Kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) telah diadakan pada 12 Januari 2014 bersamaan 10 RabiulAwal 1435H bertempat di Dewan MDKPI.  Perjumpaan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh seluruh warga kerja MDKPI. Pada perjumpaan ini , YDP telah menyampaikan amanat sempena tahun baru 2014.

Perjumpaan YDP 2014

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG, MERAIKAN PERSARAAN KAKITANGAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM 2013

 

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Meraikan Persaraan Kakitangan Dan Jamuan Akhir Tahun 2013 Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 30 Disember 2013 bersamaan 27 Safar 1435H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.  Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh YABrs.Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad, YDP MDKPI, YABrs.Tuan Haji Ashaari Bin Mamat,Ketua Whip, YBrs. Encik Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Muhammad, Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis, Wakil-wakil Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan seluruh warga kerja MDKPI. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan persaraan kakitangan MDKPI iaitu Puan Hajjah Che Anin Hayati Bt. Che Seman dan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 3 orang kakitangan yang  telah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2012.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESUMA) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Asyura pada 21 November 2013 bersamaan 17 Muharram 1435H bertempat di perkarangan Bengkel MDKPI. Majlis ini telah bermula seawal jam 6.00 pagi dan semua kakitangan MDKPI terlibat dalam menjayakan Majis Asyura tersebut. Bubur Asyura ini diagihkan kepada semua Ahli-ahli Majlis, Pegawai dan kakitangan MDKPI.

img 1
[Galeri Foto]

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Pelancaran Kelantan Go-Green Peringkat MDKPI pada 23 Oktober 2013 bersamaan 18 Zulhijjah 1434 H bertempat di Perkarangan Pasar Saidina Ali, Kok Lanas. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Abd.Rahman Bin Yunus – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan yang mewakili YB. Dato' Hj. Abd. Fatah Bin Mahmood – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah YABrs. Tuan Hj. Serpudin Bin Mohamad – YDP MDKPI, YABrs. Tuan Hj. Ashaari Bin Mamat – Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad – Setiausaha MDKPI, YABrs. Tuan Hj. Nor Azhan Bin Othman – Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Encik Nasir Jamaluddin Bin Abd. Rahman – wakil Pengurus Besar Kelantan Bio-Tech Corporation Sdn. Bhd, Ketua-ketua Jabatan dan wakil, Ahli-ahli Majlis MDKPI, Pegawai dan kakitangan MDKPI serta warga penduduk di sekitar Kok Lanas. Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penyampaian Kit Kelantan Go-Green kepada Pasar-pasar MDKPI, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah-Sekolah Menengah Agama dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pic 1

[Galeri Foto]

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini317
Semalam1076
Minggu ini6516
Bulan Ini11502
Jumlah39922

27 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan