Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI telah diadakan pada 17 Januari 2016 bersamaan 7 RabiulAkhir 1437H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Anuar Tan Bin Abdullah - Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik bagi tahun 2016 dimana 6 orang merupakan Ahli Majlis yang baru. Pada majlis ini juga, diadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan kepada 6 orang bekas Ahli Majlis yang telah tamat perkhidmatan.
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 dan meraikan persaraan kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 27 Ogos 2015 bersamaan 12 Zulkaedah 1436H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis ini telah dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim – Yang DIpertua MDKPI, YABrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus – Ketua Whip MDKPI, YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin – Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh warga kerja MDKPI.Bagi tahun 2014, seramai 4 orang kakitangan MDKPI telah dipilih untuk menerima anugerah ini. Mereka ialah :
1. Puan Rosemaidah Bt. Che Rashid – Penolong Akauntan
2. Wan Khairuddin B. Wan Ismail – Penghantar Notis
3. A.Rahman Bin Wahid – Pembantu Penguatkuasa
4. Nik Rozalan Bin Nik Yaakob – Pekerja Awam
Pada majlis yang sama, turut diraikan ialah seorang kakitangan MDKPI yang bersara wajib pada 28 Ogos 2015. Kakitangan tersebut ialah Puan Siti Khatijah @ Khazanah Binti Wahab – Pembantu Tadbir N22 (KUP) yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun.
Majlis Percambahan Fikiran Ahli-Ahli Majlis Dan Pegawai-Pegawai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 5 – 7 Ogos 2015 bersamaan 20 – 22 Syawal 1436H bertempat di Sayong Resort, Kuala Kangsar. Majlis Percambahan Fikiran ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Hala Tuju Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam sebagai sebuah Perbandaran Islam dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Antara yang turut serta dalam Majlis Percambahan Fikiran ini ialah YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab. Rahim, Yang Dipertua MDKPI, YABrs. Tuan Haji Asri Bin Yunus – Ketua Whip MDKPI, YM. Tengku Sharifuddin Bin Tengku Shah Buddin – Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai serta beberapa kakitangan MDKPI selaku urusetia majlis. Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam juga turut mengadakan Lawatan Rasmi ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bertujuan untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat berkaitan Kebersihan Bandar, Landskap, Penggunaan Sistem ePBT dan Program Local Agenda 21.