Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Pelancaran Kelantan Go-Green Peringkat MDKPI pada 23 Oktober 2013 bersamaan 18 Zulhijjah 1434 H bertempat di Perkarangan Pasar Saidina Ali, Kok Lanas. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB. Ustaz Abd.Rahman Bin Yunus – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan yang mewakili YB. Dato' Hj. Abd. Fatah Bin Mahmood – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah YABrs. Tuan Hj. Serpudin Bin Mohamad – YDP MDKPI, YABrs. Tuan Hj. Ashaari Bin Mamat – Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad – Setiausaha MDKPI, YABrs. Tuan Hj. Nor Azhan Bin Othman – Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Encik Nasir Jamaluddin Bin Abd. Rahman – wakil Pengurus Besar Kelantan Bio-Tech Corporation Sdn. Bhd, Ketua-ketua Jabatan dan wakil, Ahli-ahli Majlis MDKPI, Pegawai dan kakitangan MDKPI serta warga penduduk di sekitar Kok Lanas. Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penyampaian Kit Kelantan Go-Green kepada Pasar-pasar MDKPI, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah-Sekolah Menengah Agama dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Majlis Pelancaran Pusat Kitar Semula Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 29 September 2013 bersamaan 23 Zulkaedah 1434H bertempat di Pusat Kitar Semula MDKPI , Dataran Usahawan, Kok Lanas. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah disempurnakan oleh YB.Dato' Dr.Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim – Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YABrs. Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad – Yang Dipertua MDKPI, YABhg.Dato' Affendi Bin Hamzah – Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, YABrs.Ketua-Ketua Jajahan, YABrs.Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis, warga kerja MDKPI serta penduduk-penduduk setempat. Antara program – program yang dijalankan sempena dengan Majlis Pelancaran ini ialah Pertandingan Gubahan Bahan-Bahan Kitar Semula dan Pameran.
Majlis Perjumpaan Yang Dipertua bersama Kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 30 Syaaban 1434H bersamaan 9 Julai 2013 bertempat di Dewan MDKPI. Majlis perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada Yang Dipertua MDKPI yang baru iaitu YABrs. Tuan Haji Serpudin Bin Mohammad berjumpa dan menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja MDKPI.
Pada 22 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 3 April 2013 telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan Menduduki Rumah (SKD) bertempat di Taman Mesra, Bukit Cina, Kok Lanas. Majlis telah bermula pada pukul 5.00 petang dan telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan haji Adnan Bin Hussin, Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.