Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat.
Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Kakitangan MDKPI telah diadakan pada 12 Jun 2018 / 27 Ramadhan 1439H bertempat di Dewan MDKPI. Majlis Tadarus ini telah diketuai oleh Sheikh Yasir Mustafa Al-Masry - Tenaga Pengajar Ilmu Qiraat Dan Tajwid Universiti Al-Azhar Mesir yang juga merupakan Imam Terawih Jemputan di Masjid Mukim Kadok.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Sempena Qaryah Ramadhan 1439H/2018, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah mengadakan Ceramah Terawih Istimewa 'Badar Al-Kubra' pada 17 Ramadhan 1439H / 02 Jun 2018 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Johari Bin Mat.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar
Majlis Sumbangan Kasih Ramadhan Sempena Qaryah Ramadhan 1439H/2018 Peringkat MDKPI dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah diadakan pada 11hb Jun 2018 / 26 Ramadhan 1439H bertempat di Masjid Mukim Kadok. Seramai 170 orang Asnaf telah dipilih untuk menerima sumbangan pada tahun ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Zulkifli Bin Mat Yusoff - Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Belia Dan Kebajikan MDKPI, YBrs. Encik Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI dan YBrs. Tuan Haji Abdullah Zohdi Bin Haji Ismail - Imam Tua Masjid Mukim Kadok
SIla klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan 1439H/2018 Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 5 Ramadhan 1439/21 Mei 2018 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Perasmian itu telah disempurnakan oleh YB.Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang mewakili YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah YB. Haji Azami Bin Mohd Nor - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadok, YB. Dr. Md Yusnan Bin Yusoff - Ahli Dewan Undangan Melor, YM. Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri BIn Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI serta Ketua-Ketua Bahagian MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar