Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Program Tazkirah Mingguan untuk kakitangan MDKPI telah diadakan pada hari Selasa 6 Mac 2018 / 18 Jamadilakhir 1439H bertempat di Dewan MDKPI. Ia juga merupakan sebahagian daripada pengisian Program U.M.I yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Tazkirah telah disampaikan oleh YBrs. Muhammad Ridha Bin Abdullah-Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI. Turut hadir ialah YBrs. Encik Zulkarnain Bin Baharuddin-Setiausaha MDKPI, Ketua-ketua Bahagian serta kakitangan MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melalui Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Kebajikan telah mengadakan Hebahan Solat Jumaat pada 2 Mac 2018 / 14 Jamadilakhir 1439H bertempat di sekitar Pasar-Pasar yang berada dalam kawasan Pentadbiran MDKPI. Program ini diketuai oleh YBrs. Ustaz Zulkifli Bin Mat Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Kebajikan MDKPI, Ahli-ahli Majlis, Ketua Bahagian Pembangunan Islam serta anggota penguatkuasa.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.
Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah mengunjungi Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada 6 Jamadilakhir 1439H / 22 Februari 2018 untuk membuat penilaian bagi Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan (SPBBK-PBT). Seramai 4 orang panel diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Fazly Bin Sahar telah pun membuat penilaian terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan di pejabat dan kawasan pentadbiran MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar
Kejohanan Bolasepak Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2017-2018 telah diadakan pada 7-8 Jamadilakhir 1439H / 23-24 Februari 2018 bertempat di Padang MPK, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 Pasukan PBT Negeri Kelantan termasuk pasukan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Pada kejohanan kali ini, pasukan MDKPI telah mendapat tempat ketiga. Pada sebelah malamnya, turut diadakan Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Bolasepak Sukan PBT Negeri Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kejohanan Sepakan Penalti Sukan PBT Negeri Kelantan 2017 / 2018 yang telah diadakan pada 24 Jamadilawal 1439H / 10 Februari 2018 bertempat di Padang Sivik, Majlis Daerah Gua Musang. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 pasukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan. Hasrat pasukan MDKPI untuk melangkah ke peringkat akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pasukan Majlis Daerah Pasir Mas di peringkat Suku Akhir.