A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Article Category Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kursus Asas Menembak Pegawai Dan Anggota Penguatkuasa 2017 yang telah diadakan pada 9 Rejab 1438H / 6 April 2017 bertempat di Lapang Sasar Sultan Ismail Petra, Kemumin, Pengkalan Chepa. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh 4 orang peserta dan diketuai oleh YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin, Setiausaha MDKPI.

 

Kursus Asas Menembak 2017 Kursus Asas Menembak

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam Bil 2 / 2017 telah  diadakan pada 1 Jamadilakhir 1438H bersamaan 28 Februari 2017 bertempad di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab. Rahim - Yang Dipertua MDKPI dan tekah dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha, Wakil-wakil KOOP serta Ketua-Ketua Bahagian MDKPI. Satu taklimat berkaitan Projek Lebuhraya Central Spine Road Pakej 2A Kadok - Ketereh turut diadakan dalam mesyuarat tersebut

.Mesyuarat Penuh

SIla klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

 

* Klik disini untuk melihat gambar seterusnya.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI telah diadakan pada 17 Januari 2016 bersamaan 7 RabiulAkhir 1437H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Anuar Tan Bin Abdullah - Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan. Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik bagi tahun 2016 dimana 6 orang merupakan Ahli Majlis yang baru. Pada majlis ini juga, diadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan kepada 6 orang bekas Ahli Majlis yang telah tamat perkhidmatan.

 
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Bersamamu Yang Dipertua pada 30 Mei 2016 bersamaan 23 Syaaban 1437H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis ini telah dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Ab.Rahim - Yang Dipertua MDKPI, YB. Dr. Mohd Yusnan Bin Yusoff-Ahli Dewan Undangan Melor, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus, YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin-Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh kakitangan MDKPI. Pada majlis yang sama juga, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) 2015, Majlis Penyampaian Cenderahati Persaraan Kakitangan dan juga Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadhan kepada kakitangan MDKPI.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 dan meraikan persaraan kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 27 Ogos 2015 bersamaan 12 Zulkaedah 1436H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis ini telah dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim – Yang DIpertua MDKPI, YABrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus – Ketua Whip MDKPI, YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin – Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh warga kerja MDKPI.Bagi tahun 2014, seramai 4 orang kakitangan MDKPI telah dipilih untuk menerima anugerah ini. Mereka ialah :

 

1.       Puan Rosemaidah Bt. Che Rashid              –            Penolong Akauntan

2.       Wan Khairuddin B. Wan Ismail                    –            Penghantar Notis

3.       A.Rahman Bin Wahid                                      –            Pembantu Penguatkuasa

4.       Nik Rozalan Bin Nik Yaakob                          –            Pekerja Awam

 

 

Pada majlis yang sama, turut diraikan ialah seorang kakitangan MDKPI yang bersara wajib pada 28 Ogos 2015. Kakitangan tersebut ialah Puan Siti Khatijah @ Khazanah Binti Wahab – Pembantu Tadbir N22 (KUP) yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun.

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini983
Semalam1682
Minggu ini4723
Bulan Ini9709
Jumlah38129

25 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan