A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Article Category Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Pelancaran Pusat Kitar Semula Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 29 September 2013 bersamaan 23 Zulkaedah 1434H bertempat di Pusat Kitar Semula MDKPI , Dataran Usahawan, Kok Lanas. Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah disempurnakan oleh YB.Dato' Dr.Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim – Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YABrs. Tuan Haji Serpudin Bin Mohamad – Yang Dipertua MDKPI, YABhg.Dato' Affendi Bin Hamzah – Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, YABrs.Ketua-Ketua Jajahan, YABrs.Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis, warga kerja MDKPI serta penduduk-penduduk setempat. Antara program – program yang dijalankan sempena dengan Majlis Pelancaran ini ialah Pertandingan Gubahan Bahan-Bahan Kitar Semula dan Pameran.

Pic 1

[Galeri Foto]

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Perjumpaan Yang Dipertua bersama Kakitangan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah diadakan pada 30 Syaaban 1434H bersamaan 9 Julai 2013 bertempat di Dewan MDKPI. Majlis perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada Yang Dipertua MDKPI yang baru iaitu YABrs. Tuan Haji Serpudin Bin Mohammad berjumpa dan menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja MDKPI.

Majlis Perjumpaan YDP

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 6-7 Mac 2013 telah diadakan Kursus Pemantapan Sahsiah dan Jatidiri Anggota Penguatkuasa MDKPI bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Adnan Bin Husin, Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Kursus Pemantapan Sahsiah dan Jatidiri Anggota Penguatkuasa MDKPI  Kursus Pemantapan Sahsiah dan Jatidiri Anggota Penguatkuasa MDKPI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 22 Jamadil Awwal 1434H bersamaan 3 April 2013 telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan Menduduki Rumah (SKD) bertempat di Taman Mesra, Bukit Cina, Kok Lanas. Majlis telah bermula pada pukul 5.00 petang dan telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan haji Adnan Bin Hussin, Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan Menduduki Rumah (SKD)  Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan Menduduki Rumah (SKD)
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 9 Januari 2013 bersamaan 26 Safar 1434H telah diadakan Perjumpaan diantara kakitangan MDKPI dengan Yang DiPertua MDKPI, Haji Adnan Bin Hussin. Perjumpaan telah diadakan bertempat di Dewan MDKPI. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bersempena dengan Perutusan Tahun Baru 2013 yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua MDKPI.

Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI  Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini158
Semalam1383
Minggu ini5281
Bulan Ini10267
Jumlah38687

26 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan