Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Perasmian Kejohanan Badminton Sukan PBT Negeri Kelantan 2018 telah berlangsung pada 24 Rabiulakhir 1439H / 12 Januari 2018 bertempat di Dewan Jubli Perak Membangun Bersama Islam, Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah membuat Operasi Membuang Banting Dan Banner Haram Dalam Kawasan Pentadbiran MDKPI pada 22 Rabiulakhir 1439H / 10 Januari 2018. Operasi yang diketuai oleh YBrs. Setiausaha MDKPI tertumpu di jalan-jalan utama dalam kawasan pentadbiran MDKPI. Sebanyak 1430 keping banting dan banner haram telah dirampas semasa operasi tersebut.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melalui Jawatankuasa Kecil Kebajikan MDK-PI menghulurkan bantuan awal dan segera kepada Pondok Muhammadiah Beta Hilir yang terlibat dalam kebakaran pada hari Jumaat 29 Disember 2017 / 10 RabiulAwal 1439H yang lalu.
Kebakaran yang berlaku pada jam 7.55 malam itu mengakibatkan 14 rumah pondok yang diduduki oleh pelajar hangus dijilat api pada malam kejadian. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ridha Bin Abdullah - Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI. Turut hadir sama ialah Tuan Haji Hassan Bin Ibrahim - Ahli Majlis MDKPI.
Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2018 telah diadakan pada 20 Rabiul Akhir 1439H / 08 Januari 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Convention, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu. Majlis itu telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob - Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.
sila klik imej untuk besarkan paparan
Majlis Pelancaran Skuad Asqary (Skuad Selenggara Segera) MDKPI telah diadakan pada 30 November 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat MDKPI. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang DiPertua MDKPI. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI dan Ahli-ahli Majlis MDKPI.