Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Y.A.B Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bersama YABrs Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah melawat Pusat Pemindahan Banjir di SK Sri Ketereh dan Pasar Melor pada 28 November 2017. YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan juga telah menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan tersebut.
Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan Perpaduan Dan Integrasi Belia MDKPI telah diadakan pada 28 Oktober 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat MDKPI. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Zulkifli Bin Mat Yusof yang mewakili YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abdul Rahim - Yang DiPertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Tuan Haji Ibrahim Bin Isa - Penyelia DUN Salor merangkap Ahli Majlis MDKPI, Ahli- ahli Majlis MDKPI dan YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI. Antara acara yang diadakan pada malam penutup itu ialah persembahan dikir barat oleh Halim Yazid & the gang, persembahan animasi wayang kulit oleh Saupi dan juga acara cabutan bertuah.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah mengadakan Ceramah Ambang Ramadhan 1438H pada 27 Syaaban 1438H bersamaan 24 Mei 2017 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fikri Bin Hamat - Imam Masjid Mukim Langgar.
Majlis Daeah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Program Bersama Masyarakat & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 pada 26 Syawal 1438H bersamaan 20 Julai 2017 bertempat di Perkarangan Pejabat MDKPI. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim, Yang DiPertua MDKPI, YB. Dr. Md Yusnan Bin Yusof, ADUN Melor, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus, Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin, Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta penduduk setempat. Pada majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Hadiah untuk pemenang Cabutan Bertuah Insentif Bayaran Cukai Pintu 2017.
Sila klik DISINI untuk gambar seterusnya
Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2017 telah diadakan pada 10 Syaaban 1438H / 7 Mei 2017 bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu. Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan. Yang DiPertua MDKPI telah menerima watikah pelantikan ini bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Gambar Seminar Ahli Majlis & Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2017