A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Article Category Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pasukan Bowling MDKPI telah mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Bowling Sukan PBT Negeri Kelantan 2017/2018 yang  telah diadakan pada 16 Jamadilawal 1439 H / 2 Februari 2018 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 12 PBT telah menyertai kejohanan ini. Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah dipilih sebagai urusetia penganjur untuk kejohanan edisi kali ini. Johan Keseluruhan kejohanan bowling ini telah dimenangi oleh Pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI manakala Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dan tempat ketiga dimenangi oleh Majlis Daerah Tanah Merah.

Bowling PBT 

Sukan Bowling PBT 

sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI 2018 telah diadakan pada 11 Jamadilawal 1439H / 28 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDKPI. Seramai 24 orang Ahli Majlis MDKPI telah dilantik bagi tahun 2018. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB.Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - Yang DiPertua MDKPI, YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis serta Ketua- Ketua Bahagian MDKPI.

Watikah Pelantikan Ahli Majlis 2018

Watikah Pelantikan 2018 

sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

sila klik untuk paparan imej selanjutnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Usahasama Pembangunan Perumahan Diantara MDKPI Dan Masmayer Timur Sdn. Bhd telah diadakan pada 7 Jamadilawal 1439H / 24 Januari 2018 bertempat di Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian ini telah disaksikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - YDP MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip dan YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI manakala Masmayer Timur Sdn. Bhd diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Mohammad Tajuddin Bakar dan Ybhg. Dato' BK Choo.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian MDKPI, Ketua-ketua Jabatan dan wakil serta urusetia dari MDKPI dan Masmayer Timur Sdn. Bhd.

Dokumen Perjanjian 

Dokumen Perjanjian 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.

Untuk imej seterusnya, sila klik pautan ini.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kejohanan Memanah Sukan PBT Kelantan 2017 / 2018 telah diadakan pada 10 Jamadilawal 1439H / 27 Januari 2018 bertempat di Padang Istiadat, Majlis Daerah Jeli, Kelantan. Sebanyak 12 PBT Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Johan bagi acara ini telah dimenangi oleh Majlis Daerah Bachok-Bandar Pelancongan Islam, Naib Johan dimenangi oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Tempat Ketiga dimenangi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam dan keempat jatuh kepada Majlis Daerah Pasir Puteh.

Kejohanan Memanah PBT 2018 

Kejohanan Memanah Sukan PBT 2018

sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

sila klik untuk paparan imej selanjutnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kejohanan Badminton Sukan PBT Negeri Kelantan 2018 telah diadakan pada 24-25 Rabiulakhir 1439H / 12-13 Januari 2018 bertempat di Dewan Jubli Perak Membangun Bersama Islam, Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 12 pasukan PBT Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini. Perlawanan akhir telah menemukan Pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI menentang Pasukan Majlis Daerah Ketereh-PI. Johan dimenangi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Naib Johan dimenangi oleh Majlis Daerah Ketereh-PI dan Ketiga bersama dimenangi oleh Majlis Daerah Bachok - Bandar Pelancongan Islam dan Majlis Daerah Kuala Krai.

Sukan PBT 2018 

Sukan PBT 2018 

sila klik untuk paparan imej selanjutnya

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini271
Semalam1682
Minggu ini4011
Bulan Ini8997
Jumlah37417

25 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan