A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Waktu Maghrib merupakan waktu yang sangat singkat, rancanglah waktu sebaik-baiknya ketika peniaga dan pengunjung berada di pasar malam.
Dengan terlaksana pendekatan ini, kita dapat mengumpulkan peniaga dan pengunjung untuk Solat Maghrib secara berjemaah di Surau Pasar yang disediakan bagi keselesaan semua melaksanakan Solat.Pemantauan ini akan terus dilaksanakan bagi setiap kali Pasar Malam beroperasi. Kepekaan dan sikap cakna pengunjung serta peniaga diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja penangguhan 15 minit untuk Solat Maghrib dengan tanpa memerlukan arahan daripada Pihak Penguatkuasa MDKPI. Kerana suruhan Solat ini merupa kewajipan setiap individu Muslim.Pengunjung juga boleh merancang ketika membeli belah di pasar malam dengan baik. Pastikan datang awal sekitar jam 5.00 petang atau selepas Solat Maghrib bagi mengelakkan urus niaga dilakukan ketika Azan dan Solat Maghrib.Sekian.“Bersama Membangunkan Masyarakat”#KelantankuBersih
#KeterehkuBersih

 72729231 2715284528491798 4367435622055411712 N

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakan kerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan.

Cara berpakaian akan melambangkan keperibadian dan kesusilaan para atlet dan ahli sukan untuk dijadikan amalan kepada semua.

MDKPI telah menetapkan bahawa garis panduan etika berpakaian dan penampilan bersukan atau penganjuran aktiviti yang dijalankan di Pusat Sukan MDK-PI.

Jesteru, MDK-PI berharap garis panduan Etika Pemakaian dan penampilan ini dapat dijadikan rujukan supaya kita sama-sama membentuk budaya Pakaian Patuh Syariah dalam apa jua bidang sukan.

Pihak MDK-PI akan memantau segala aktiviti dan aturcara yang dilaksanakan. Kami berharap setiap penganjuran dan urusetia kejohanan dapat memberikan kerjasama yang baik. Sekira berlaku perlanggaran, pihak MDKPI berhak untuk menasihati, memberi peringatan, notis dan kompaun.

Sekian, Terima Kasih.

Arahan:
Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Etika Pemakaian Ketika Bersukan 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Sila klik untuk imej seterusnya.

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

MDKPI meneruskan aktiviti mingguan Hebahan Solat Jumaat pada 18 Oktober 2019 di kawasan tumpuan di Melor dan kawasan dalam pentadbiran MDKPI.

Dalam Kempen “Jom Pakat Gi Masjid Solat Jumaat” ini, pihak MDK akan membuat hebahan peringatan berkaitan waktu Solat Jumaat. Oleh demikian, segala aktiviti berkumpulan dan premis urus niaga melibatkan kaum lelaki Akil Baligh akan dihentikan buat sementara bagi memberi ruang untuk menunaikan Solat Fardu Jumaat di masjid mukim masing-masing.

MDKPI juga berada di Masjid Permatang Pusu bagi menggerakkan kempen #KelantankuBersih #KeterehkuBersih. Siri penerangan ini dilaksanakan bersama masyarakat untuk dijayakan bersama-sama. 5 langkah utama kebersihan iaitu, JANGAN AMALKAN: Sampah atas bonet, Tak ikut jadual, buang putung rokok, buang melalui tingkap kenderaan, sampah diluar tong, buang ikut rasa.

Semoga usaha ini dapat kerjasama daripada masyarakat semua.

Ruj Enakmen: Seksyen 104. Tidak Sembahyang Jumaat.

“Bersama Membangun Masyarakat”

Hebahan Solat Jumaat 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Sila klik untuk imej seterusnya.

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini20
Semalam23
Minggu ini193
Bulan Ini477
Jumlah23593

19 Mei 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan