Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pihak MDKPI mendapat maklumat melalui media sosial berkaitan longgokan sampah di lokasi Bukit Cina, Kem Desa Pahlawan.
Hasil maklumat, tong sampah yang sedia telah rosak dilanggar oleh kenderaan awam, menyebabkan lori kompektor tidak dapat mengambil sampah dan terjadi longgkan sampah.
Setelah menerima aduan, kami telah membersihkan kawasan tersebut. Kami berharap, penduduk kawasan tersekitar dapat menggunakan kemudahan dengan baik.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah mengadakan Program Gotong Royong Bersama Penduduk Taman SP Mahang, Kok Lanas pada 11 Januari 2019 / 5 Jamadilawal 1440H.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2019 telah diadakan pada 7 Januari 2019 / 1 Jamadilawal 1440H bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mewakili YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam tekah mengadakan Operasi Sitaan Cukai Taksiran di kawasan Mukim Mahang West, Kok Lanas. Operasi ini telah diadakan pada 18 Disember 2018 / 10 Rabiulakhir 1440H dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas