Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Pihak MDK-PI berkesempatan turun ke SMU (A) Taqaddumil Ilmi, Ketereh bagi memberi penerangan mengenai kebersihan sempena Hari Disiplin sekolah tersebut pada 18 Februari 2019 / 13 Jamadil Akhir 1440H.
Pihak MDK-PI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Ustaz Sobri atas kesudian jemputan ini.
Kami meneruskan agenda kempen “Jupo Sapoh Kutip, Jange Tohok Koksey” supaya menerapan Buang sampah kedalam tong sampah menjadi amalan bermula dibangku sekolah lagi.
Semoga usaha kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
“Bersama Membangun Masyarakat”
Sila klik untuk paparan imej yang lebih jelas
KETEREH - Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam melancaran Kempen Kebersihan #KeterehkuBersih “Jupo Sapoh, Kutip” di SMK Kadok dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Islam bersama Bahagian Khidmat Bandar pada hari ini. Program komuniti ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mendidik kepentingan pengurusan sisa pepejal dengan betul.
Antara intipati kempen ini ialah Jangan Amalkan “Buang Sampah Merata, buang sampah melalui tingkap kenderaan, buang sampah diluar tong dan buang sampah sesuka hati yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Muhammad Ridha bin Abdullah - Ketua Bahagian Pembangunan Islam MDKPI.
MDKPI juga turut melancarkan kempen “Jauhi Maksiat" dengan kerjasama JAHEAIK yang diwakili Bahagian Pencegahan iaitu Ustaz Mohamad Zhafri bin Md Zain menerangkan enakmen berkaitan dengan Khalwat, Muaqaddimah Zina, Pondan dan lain-lain kesalahan Syariah.
Majlis “Kerana Dirimu Berharga” sempena hari kokuriklum ini turut dihadiri oleh Pengetua SMK Kadok, Pn. Masdiyah Binti Hj Jemain bersama guru-guru dan seramai 450 orang pelajar.
Terima kasih kepada pihak sekolah dan JAHEAIK diatas kerjasama program komuniti ini.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan kerjasama Syarikat Soon Seng Motors Enteprise (1988) Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus Pemanduan Berhemah Untuk Pemandu-Pemandu MDKPI. Kursus telah diadakan pada 17 Januari 2019 / 11 Jamadilawal 1440H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Akuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MDKPI 2019 telah diadakan pada 17 Januari 2019 / 11 Jamadilawal 1440H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI. Seramai 24 orang Ahli Majlis termasuk 3 yang baru dilantik telah menerima watikah pelantikan ini. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. YBrs. Encik Mohd Asri Bin Abd Rahman telah dilantik sebagai Ketua Whip manakala Tuan Haji Ibrahim Bin Isa pula sebagai Timbalan Ketua Whip. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin - Setiausaha MDKPI serta Ketua-ketua Bahagian MDKPI.
Sila klik imej untu paparan yang lebih jelas