Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2018 telah diadakan pada 5 November 2018 / 27 Safar 1440H bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Nazran Bin Muhamad - Setiausaha Kerajaan Kelantan. Turut diadakan ialah penyampaian hadiah dan insentif kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovasi dan Pertandingan KIK. MDKPI telah menyertai Anugerah Inovasi Pihak Berkuaasa Tempatan (PBT), Anugerah Inovasi ICT dan Pertandingan KIK.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Operasi Merobohkan Papan Tanda Haram Dalam Kawasan Pentadbiran MDKPI telah diadakan pada 25 Oktober 2018 / 16 Safar 1440H. Lokasi operasi pada kali ini ialah disepanjang Jalan Pasir Mas-Salor.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Anugerah Inovasi ICT 2018 Pejabat SUK Negeri Kelantan pada 3 Oktober 2018. Sesi pembentangan telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas
Majlis Mahabbah Tenaga Pengajar dan Pengurusan Medan Ilmu MDKPI telah diadakan pada 25 September 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDKPI. Majli ini direalisasikan berorentasikan dialog bagi memberi penerangan dan bahan kepada tenaga penceramah berkaitan Undang-Undang Kecil Kawalan Hiburan, Aurat,Maksiat dan Kawalan Kebersihan melalui pendidikan berterusan. YBrs. Ustaz Ropien Bin Hassan (Pengarah Pembangunan Islam MPKB-BRI) telah dijemput sebagai Ahli Panel bagi majlis ini.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas